8 Mei 2009 "Besday I"
Assalamualaikum,
apa khabaq semua, sehat kat, orang Perak mesti ramai yang tak sehat, yala semalam diserang virus yang paling bahaya di Dunia (*untuk makluman virus tu hanya melanda DUN Perak je). hari ni i nak kongsi gosip sensasi.... tapi hal-hal berkenaan dengan politik je k. kelmarin 7 Mei 2009 ADUN2 di Perak berkelahi sakan, berebut apa tak tau... nak kata berebut pompuan, depa semua dah kawen dah, mungkin pasai lain kot yang menyebabkan depa berkelahi. untuk maklumat hampa semua, kelmarin sehari suntuk i di tengok wayang DUN Perak melalui internet, so i ada banyak maklumat untuk dikongsikan bersama hampa semua.
yang i pelik tu awat pi dok halau speaker siva, macam dia tu baru terlepas dari wad gila pula opppsss....sory i tak bermaksud begitu, dia masih waras. pada pendapat peribadi i dia masih sah sebagai speaker. yang polis ni pon satu, awat? dah tak da keja lain ka, pi tangkap penjenayah ragut, rogol, liwat,curi, dadah dan banyak lagi. yang dok p kacau orang nak mesyuarat tu buat apa. gerammmmmmmmm aku tengok gelagat polis nih. kalau aku ada anak, jangan harapla polis nak kawen dengan anak aku. i marah bukannya apa, yang dok p kacau orang dok meeting buat apa, taula depa nak urus macamana.
tadi pasal dalam dewan, sekarang i nak gosip pasai luar dewan pulak. i tengok polis dok tengah syok main tangkap-tangkap, awat depat ingat rakyat Malaysia ni rama-rama ka. alo!!!! polis tolong hormat sikit, depa pon manusia macam hampa jugak. cuba mai i tangkap hampa kemudian i kurung dalam reban ayam, mau tak. lu pikir la sendiri. ok i tak mau kata banyak2 kat polis nanti kena tangkap pula, yala hari ni 3 orang pemimpin hindraf dah dibebaskan, nanti i pula kena ganti tempat depa kat ISA (walaupun i ada cita-cita nak masuk ISA).
okla, hari ni i tak boleh gosip banyak2, yala hari ni kan besday i yang ke DUA PULUH LAPAN. i bersyukur sangat kerana Allah izinkan besday i jatuh pada hari Jumaat. mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat kepada i dan keluarga i serta seluruh umat islam di muka bumi ini. kesempatan ini juga i nak ajak hampa semua terus mendekati Allah SWT. jangan sesekali kita terpesong dari jalan Allah SWT. takbirrrrr. mansuhkan PPSMI.
Friday, May 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hai... hari lahir yg spceial nih pon nak bergosip ker?
ReplyDeleteaper2 pon selamt hari lahir ya...
Happy besday Koko!
ReplyDeletesalam, terima kasih
ReplyDeletesalam koko... sila la ke blog i.. i ada wat satu entry yg malatopss khas utk u... http://ju-dzahir.blogspot.com
ReplyDelete