berikut cerita-cerita ringkas bermula dari 30 April sehingga 3 Mei.
30 Mei 2009 : selepas solat maghrib i terus betolak pulang ke kampung halaman yang tercinta, terus melalui lebuh raya je. sampai rumah jam 10.30 malam. dah sampai i rehat sat kemudian i tidooooooooo.
1 Mei 2009 : Selamat Hari Pekerja. i ni boleh tergolong dalam golongan pekerja walaupun kerja RA. hari ini adalah hari Jumaat, lagipun jarang i dapat citu umum hari jumaat. kat kampg i hari jumaat hari cuti, so dapatlah kita orang berkumpul adik beradik. pada hari ini juga i sempat menziarahi pusara ayahanda tercinta yang 5 Mei 2009 ni genaplah 5 tahun ayahanda meninggalkan kami. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda, Al Fatihah. petang Jumaat i dengan adik i yang misi tu pergi ke C Mart (pasaraya kat Changlun tu) untuk mencari kek hari jadi i, mami i, dan dua orang adik i. weols dapat kek yang sangat sedap. selepas maghrib kami sekeluarga berkumpul makan beramai-ramai, alhamdulillah allah telah izinkan i untuk menyempurnakan hajat i bagi meraikan hari jadi i serentak dengan mami n adik-adik. selepas dok serok meraikan hari jadi, i ikut adik misi i balik ke rumah dia kerana keesokan harinya i nak tolong dia kemas barang untuk di bawa ke rumah baru dia. ok i sambung..............
2 Mei 2009 : hari ni i tolong adik misi i pindah rumah. dia dapat pindah masuk ke kuaters klinik, alhamdulillah. penat jugak, yelah sepanjang hari dok mengangkat dan mengemas barang. habis tolong adik misi i, i terus ke perlis untuk menemui sahabatku melly atau nama sebenar mail. i sempat jumpa dia dan berborak beberapa isu. i tak boleh sembang lama-lama kerana i nak kena balik changlun ambik mami n adik-adik dan bawa depa p rumah adik misi i. yela kami semua nak rasa juga tidur dirumah baru adik misi. oh ya masa dok sembang dengan melly tu, i sempat ajak dia ikut i balik penang sekali, dia setuju.....
3 Mei 2009 : pagi ahad ni memang sangat sejuk, hujan turun tak berhenti-henti. jam 10 pagi i bawa mami n adik-adik pulang ke changlun, lepas tu i terus bergegas bersiap untuk ke Perlis kerana Mail dok tengah tunggu. selepas ambik Mail, weols terus bergerak ke Penang. weols sampai Penang dalam pukul 5 petang. dalam pukul 7 petang weols pergi ke pasr malam kemudian singgah sembahyang maghrib di masjid USM. lepas isyak weols keluar jalan-jalan ke Padang Kota n Queensbay.best juga.
Thursday, May 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment