Wednesday, April 29, 2009

tukar alamat dan gosip politik

29 April 2009

salam

apa khabar,

hari ini saya nak maklumkan yang saya telah menukar alamat blog ini. saya terpaksa berbuat demikian kerana dinasihati oleh sesorang agar tidak mengaitkan langsung nama @#$, katanya itu sangat bahaya. saya nak ucapkan jutaan terima kasih di atas nasihat yang diberikan.
sambil tu i nak bergosip politik sedikit, bagi yang tak berminat tu i minta maafla noh. semalam (malam tadi) i p penanti nak dengar ceramah anwar, i tengok orang punyala ramai!!!!!!!!!!!! i terpaksa parking sejauh 300 meter, siap parking depan kereta exco kerajaan negeri Pulau Pinang lagi. mujurla i tak parking belakang kereta ketua menteri oppsss boleh ambil aura untuk jadi CM Penang pula lepas ni. lepas je parking i terpaksala jalan sampai ke tempat ceramah dan akhirnya i sempat dengar anwar berceramah, intipati ceramah dia dah biasa bagi i, jarang ada yang baru, sentiasa diulang-ulang, takda idea kot oppsss.... semasa dok tunggu anwar umum calon, dalam otak i dah boleh pikiaq sapa dia yang akan dinobatkan sebagai calon PKR bagi "PRK PNT PMT PH". apabila di umumkan En Mansor sebagai i terus tepuk tangan kerana apa yang i pikiaq dalam otak tepat sekali. ala lagipun sebelum i p tempat ceramah tu, i baca blog dulu, ramai yang menjangkakan Dr Mansor akan di pilih. so tersematlah kat otak i ni yang Dr Mansor akan dipilih, i tak pikiaq orang lain dah, nak buat apa pikiaq yang lain, i ni bukan kenai sangat tokoh2 PKR penang. lepas habis umum i pon balik. ok dah habis gosip politik untuk hari ini, esok kita bertemu lagi. bebayyyyyyyyyyyyyy

2 comments:

  1. salam koko.... Dr Mansor tu bukan ke tenaga pengajar kat c**pr**???

    ReplyDelete
  2. salam,

    maaf saya kurang arif tentang Dr Mansor, insyallah jika ada kelapangan saya akan cuba selidiki latarbelakang beliau. terima kasih kerana menjadi pengomen yang pertama.

    ReplyDelete